Urutan Bayi Masalah Kembung Perut dan Sembelit

Urutan bayi merupakan antara kaedah mudah yang ramai para ibu diluar sana tidak tahu akan adanya kaedah untuk membantu bayi mengatasi masalah kembung perut dan masalah penghadaman termasuklah sembelit. Ianya sangat mudah untuk dilakukan.

urutan bayi

Imej kredit: Majalah PaMa

Terapi urutan ini juga dikatakan membantu bayi membesar dengan cepat. Sentuhan menerusi urutan mempunyai kuasa magis yang tersendiri kerana ia mampu mempengaruhi emosi dan psikologi bayi yang diurut. Terapi urutan ini juga adalah antara kaedah terbaik bagi bayi pra matang agar pembesaran dicepatkan. Urutan selama 5 minit 3 kali sehari akan menambah berat badan sebanyak 21 ke 47 peratus!

Antara faedah yang diperoleh oleh bayi yang diurut adalah seperti berikut:

1.      Membantu pembesaran fizikal bayi.

2.      Menguatkan ketahanan tubuh badan.

3.      Membina keyakinan diri.

4.      Membantu bayi berasa tenang dan selesa.

5.      Mengeratkan ikatan kasih sayang antara ibu dan ayah.

Dalam artikel ini, saya akan tunjukkan kaedah urutan untuk mengatasi masalah kembung perut dan juga sembelit yang dialami oleh bayi anda. Berikut adalah video yang saya rakam untuk anda.

Urutan Bayi Masalah Kembung Perut dan Sembelit

Teknik urutan ini dinamakan Urutan I Love U. Caranya cukup mudah. Dengan mengunakan 2 jari, anda menulis perkataan I, L, U pada perut bayi. Lakukan dengan perlahan-lahan dan penuh kasih sayang. Anda digalakkan untuk berkomunikasi dengan bayi anda semasa terapi urutan ini. Bercakap-cakap dengan bayi anda akan memberikan kelegaan dan aura positif kepada bayi anda.

Urutan ini anda boleh lakukan selepas memandikan bayi anda. Selain itu, anda boleh memasang muzik yang lembut atau ayat-ayat al quran semasa mengurut bayi anda. Pengunaan ayat-ayat rukyah juga saya sangat galakkan. Anda banyak lagi teknik urutan yang saya akan tunjukkan nanti.

Urutan Bayi Merangsang Pembesaran Bayi

Pengalaman dengan bayi pramatang memang sangat membantu. Urutan bayi memang dapat mempercepatkan pembesaran bayi prem atau pramatang. Jika bayi anda membesar dengan baik, barulah bayi dibenarkan keluar daripada wad incubator bayi.

Anda boleh amalkan teknik urutan yang saya tunjukkan di dalam video berkenaan. Masalah bayi adalah sama. Selalu kembung perut terutamanya bayi yang baru lahir. Jadi penjagaan rapi perlu dilakukan termasuk menjaga pemakanan agar bayi tidak kembung setelah menyusu.

Ibu juga perlu makan makananan yang berkhasiat. Saya amalkan produk daripada Shaklee. Alhamdulillah, tiada masalah setakat ini. Bayi juga berkembang dengan sangat baik dan tembam. Bayi saya menyusu secara ekslusif.

Hubungi saya di talian 012 3596909 jika anda mempunyai pertanyaan tentang kaedah urutan bayi ataupun berkenaan produk daripada shaklee.

Terima kasih kerana membaca artikel saya ni.

Jangan lupa untuk share ya.

Anda Sedang Mencari:

  • cara mengurut bayi kembung perut
  • cara urut bayi kembung
  • urutan kembung perut
  • urutan perut bayi sembelit
Dapatkan Diskaun 15-25% Untuk Pembelian Produk Shaklee

Mail List Subscription Form

Please fill in and submit the form below to subscribe to our mailing list.

Advertisement