Ubat Jeragat Paling Berkesan dan Selamat

Ramai yang mencari apakah ubat jeragat paling berkesan untuk digunakan. Yang penting ianya selamat dan tidak memudaratkan. Bukan apa sekarang terlalu banyak produk kosmetik yang mempunyai kesan yang baik tetapi mengandungi bahan aktif terlarang seperti hyroquinon yang sangat merbahaya kepada kulit.

Malah beberapa hari lepas ketika artikel ini ditulis, beberapa kosmetik yang sedang top dipasaran telah disahkan mengandungi bahan kimia berkenaan. Inilah yang menyebabkan kulit cantik sekejap tetapi jangka masa lama ia akan membuatkan kulit semakin teruk dan yang paling teruk menjadi kemerahan dan melecur. Malah ada kenalan saya, yang terkena dengan membeli produk yang “masuk” tv. Bahan berkenaan menyebabkan kulit mengelupas dan menghilangkan jeragat dalam masa yang sama, ia menipiskan kulit dan menyebabkan pertahanan kulit menjadi sangat kurang.

Apa yang berlaku apabila kulit ini terkena pada panas matahari yang mengandungi sinar UV, kulit akan menjadi merah dan paling teruk melecur. Bahaya kan? Pasti kita tak nak menjadi sedemikian. Yang pasti, kita nak cari ubat jeragat  paling berkesan dan selamat untuk kulit kita.

Kita nak sentiasa cantik di mata suami (bukan untuk orang lain ya). Biar mata suami sedap memandang kita, sentiasa dan bertambah sayang kepada kita. Kulit putih tanpa cela, tanpa ada tompok-tompok jeragat pada muka dan hidung kita.

Petua Menghilangkan Jeragat Yang SANGAT SALAH?

Saya rasa anda pasti ada membaca tips dan juga petua menghilangkan jeragat ini dimana-mana. Jadi saya nak mengulas tips dan petua yang berkenaan. Ada tips yang salah dan boleh memburukkan keadaan jika anda membuatnya.

  1. Soda Bikarbonat/ Baking Soda – Ada yang memberikan tips agar mengunakan cairan baking soda ini untuk menghilangkan jeragat. Soda bikarbonat  adalah beralkali. PHnya adalah 9. Ia digunakan dalam masakan dan juga dalam bidang pertanian untuk meneutralkan tanah berasid. Jika anda mempunyai kulit yang sensitif, anda menjadi nahas. Ia akan merosakkan keasidan kulit anda. Kulit normal PH 4.5-5.5, jika disapu dengan soda ini pada PH 9, bayangkan apa yang berlakuk kepada kulit anda. Kalau saya, tak sanggup nak guna cara ni. Tiada bukti dakwaan ia mengekalkan keseimbangan pH kulit. Ia beralkali lah!

    Soda bikarbonat atau NaHCO₃ adalah sebatian kimia. Ia bukan bahan semulajadi dan tidak patut ditampal dimuka anda. Tidak dinafikan soda bikarbonat bersifat antiseptik yang boleh membunuh bakteria penyebab jerawat. Namun ia mesti pada kadar tertentu. Kita bukan ahli kimia yang boleh menghasilkan campuran yang sesuai. Jika buat sendiri, akhirnya ia bukan menambah baik tetapi memburukkan lagi kesihatan kulit anda.

    sumber: http://www.etherealauraspa.com/blog/baking-soda-is-not-good-skin-care

  2. Menyapu Jus Lemon – jus lemon adalah berasid walaupun ia kaya dengan vitamin C. Jika disapu pada kulit, ia akan memberikan kesan pedih. Tak percaya boleh cuba. Apatah lagi kita menyapunya berdekatan dengan bahagian mata. Apabila ia berasid, maka ia bersifat menghakis. Tahap acidiknya pada 2-3 PH. Itulah yang menyebabkan kulit mengelupas dan menjadi hypersensitif terhadap cahaya matahari. Apabila mengelupas, ia bermakna kulit anda semakin nipis dan perlukan diganti dengan sel kulit baru. Ia sangat mengambil masa yang lama. Sel mengambil masa 3 bulan untuk diganti!

    PH untuk kulit normal adalah 5.5. Jika menyapu secara terus pada kulit ia akan menyebabkan kerengsaan pada kulit. Jika nak buat home remedy untuk kulit, pastikan jangan guna secara terus tanpa dicairkan dengan bahan lain.

    Sumber : http://www.dermatocare.com/blog/lemon-side-effects-on-skin-know-from-dermatologist

  3. Cuka Epal – Cuka adalah asid walaupun ia sejenis asid semulajadi. Ia perlu dicairkan jika nak guna pada kulit. Sama seperti jus lemon. Ia menghakis dan mengalakkan penglupasan. Kalau kulit sensitif, ia akan menjadi lebih sensitif kerana kulit sudah menipis. Sedangkan kulit adalah dinding kita daripada sinar UV, apabila ia sudah nipis apa akan terjadi? Lu fikir la sendiri kata nabil.

    Namun, pengunaan sekali sekali boleh sebab pHnya sekitar 4 hampir kepada pH kulit. Namun kesannya akan menyebabkan kulit menjadi kering. Ia mengecilkan liang pori dan juga jerawat tetapi side effectnya kulit menjadi sensitif dan kering.

    sumber: https://www.bustle.com/articles/88242-apple-cider-vinegar-for-face-wash-helps-clarify-your-skin-but-you-shouldnt-use-it-everyday

Apa yang ubat jeragat terbaik?

Dah tak sabar nak tahu ubat jeragat apa yang terbaik untuk menghilangkan jeragat ni. Pertama sekali masalah jeragat dikaitkan dengan masalah pigmentasi, masalah kulit berminyak, sel kulit mati dan juga bakteria di kulit. Kebiasaanya dibahagian T Zone muka iaitu dahi, hidung dan pipi.

ubat jeragat

Jadi bagaimana nak mengatasi masalah diatas? Jawapannya ialah pemakanan yang sihat. Dan yang paling penting ialah pengambilan makanan yang kaya dengan omega 3 dan 6 seperti minyak ikan.

Apa kesannya terhadap jeragat? Omega 3 dan 6 ini akan menjadikan hormon kulit menjadi stabil. Penukaran sel kulit berjalan dengan baik dan tiada sel mati akan tertinggal menjadi jeragat ini. Hormon ini tidak boleh dihasilkan oleh badan kita dan kita perlu makan untuk membantu kulit menjalani proses regenerate dan removal sel mati pada kulit muka.

Hasilnya kulit akan menjadi lebih cerah dan tegang. Kata orang awet muda. Malah kelembapan kulit akan stabil, jadi tiada lagi kulit berminyak.

Untuk kesan lebih lagi?

Seterusnya ialah makan bawang putih. Tak busuk ketiak nanti. Ya busuk kalau makan biasa macam tu. Sekarang sudah moden, sudah ada kapsul garlic atau bawang putih ini.  Tapi salah makan produk, ketiak jadi busuk lah. Memang ada dijual di farmasi garlic oil. Tapi badan jadi berbau. Muka dan cantik tapi badan pulak berbau. Tak kena pulakan. Nanti contact saya, kalau nak tau produk garlic oil yang tak menyebabkan bau badan jadi busuk.

Lagi?

Seterusnya ialah vitamin C yang mencukupi untuk badan. Ramai yang tahu bahawa vitamin C sangat bagus untuk kulit. Sekarang siap ada perkhidmatan suntikan vitamin C lagi kat kulit. Pengambilan vitamin C akan mengalakkan penghasilan kolegen dalam badan secara semula jadi. Tak perlu makan kolagen yang merapu diluar sana sebab kolagen terbaik ialah kolagen yang badan kita hasilkan sendiri. Maka kulit pun jadi tegang dan cerah!

Itu untuk dalaman. Ubat jeragat untuk luaran ada ke tak?

Sudah tentu. Ada.

Ramai yang ingat bila luaran dah okay, maka jeragat pun hilang. Sebenarnya untuk kesan yang paling maksima, kita perlukan rawatan untuk luaran juga. Ia akan mencerahkan pada tompok jeragat dengan secara selamat tanpa bahan kimia. Selain itu, ia ada vitamin c yang boleh diserap oleh kulit. Jadi tak perlu buat suntikan vitamin C dah. Jika anda guna produk kosmetik yang tak elok sebelum ini, ia akan “detox” semua bahan kimia yang melekat di kulit menjadikan kulit anda bebas daripada ganguan yang merosakkan kulit.

Apakah Ubat Jeragat Paling Berkesan ini?

Ia adalah Shaklee Nutriwhite Spot Whitening Treatment.

spot whitening treatment

Apa yang unik tentang produk ini, ia disahkan selamat daripada segala jenis toksin yang merbahaya yang boleh mengancam kesihatan kulit anda. Terdapat lebih 350 ujian bahan aktif dilakukan dan beribu-ribu ujian dijalankan setiap tahun untuk memastikan produk ini benar-benar selamat.

Seterusnya ialah Ultimate Protection Whitening Lotion yang akan bertindak sebagai sunblock daripada pancaran UV ketika berada diluar rumah.

 

Testimoni

Berikut adalah antara testimoni pengguna produk ini.

Kalau nak tahu lebih lanjut kena Whatsapp kat saya. Saya akan konsultasi produk-produk ini yang buatkan wajah anda bertambah cantik untuk tatapan suami anda. Tiada lagi tompokan jeragat dan juga parut. Siapa tak nak cantik kan?

Shida >>>Klik 0123596909 (Jika anda guna smartphone, klik je.Boleh wassap saya tanpa perlu save nombor tu)

Saya sarankan save la nombor tu. Senang untuk kita berhubung nanti. Salam sayang daripada mama chomel. 🙂

Nama : Nur Syahidah Zulkifly (Shida)
No.Telefon : 0123596909
Fb : Mama Chomel

Saya sangat hargai jika ada boleh share kat fb anda tentang artikel ini.

Anda Sedang Mencari:

  • ubat jeragat paling berkesan di farmasi
  • krim jeragat di farmasi
  • ubat jeragat
  • krim jeragat terbaik di farmasi
  • krim jeragat yang paling berkesan
  • krhgm jeragat trbaik dn selamat
  • ubat jeragat di farmasi
  • krim untuk jeragat yang berkesan
  • cream jeragat di farmasi
  • krim jeragat terbaik
Dapatkan Diskaun 15-25% Untuk Pembelian Produk Shaklee

Mail List Subscription Form

Please fill in and submit the form below to subscribe to our mailing list.

Advertisement