Resepi Kuih Kapit Berinti Coklat dan Mentega Kacang

Kuih kapit adalah antara kuih yang cukup popular sejak saya kecil lagi. Cuma dulu ia digulung. Tidak berinti. Sekarang kuih kapit dibuat dengan inti seperti coklat dan juga mentega kacang. Rasanya sangat sedap. Kadang-kadang tak sedar habis satu balang.

kuih kapit berinti

Jadi jika anda ingin membuatnya sendiri berikut adalah resepi yang saya gunakan untuk membuat kuih kapit. Acuan elektrik saya beli ketika mengandung anak kedua. Masa mengandung memang rasa nak makan macam-macam. Tak nak beli. Nak buat sendiri. Jadi suami belikan acuan kat Mydin Meru Ipoh.

Bahan-Bahan Kuih Kapit

1. Santan 1 biji kelapa – 800ml
2. Tepung Gandum – 230g
3. Tepung Beras – 70g
4. Telur Gred B – 5 Biji
5. Gula – 250g
6. Garam – 1 sudu kecil
7. Inti – etc coklat, mentega kacang

Cara-cara Membuat Kuih Kapit:

1. Kacau gula bersama telur sehingga gula larut.
2. Masukkan santan, tepung beras dan tepung gandum.
3. Masukkan garam
4. Tapis adunan supaya adunan licin
5. Bakar dalam acuan ( elektrik, arang, goreng atau dapur gas)

Kalau masih blur, saya ada sediakan video untuk anda rujuk cara membuat kuih kapit yang sedap ini. Semua yang buat tu habis dalam masa 1 hari je..hahahaha

Untuk raya nanti, akan buat lagi. Anda boleh tengok video rakaman membuat kuih kapit dibawah ni.


Dah tengok video tu? Diharap ia dapat memberikan anda inspirasi untuk buat kuih ni. Guna acuan elektrik je. Kalau guna api tu perlukan kemahiran sikit untuk lipat dengan cepat. Jadi boleh buat kuih ini sambil tengok CJ Wow Shop.

Skill paling penting ialah melipat dengan cepat. Hati-hati juga dengan acuan yang panas tu. Nanti melecur pulak tangan. Saya pun terkena acuan panas semasa rakaman video ini dibuat. Jadi anda pun perlu berhati-hati ketika membuat kuih ini.

Permintaan untuk kuih kapit berinti ini tidak mengenal masa. Masa biasa-biasa pun laku. Bukan tunggu raya je. Saya tengok di pasaraya sudah ada yang menjual RM16 sebalang. Jadi kalau anda rajin, boleh jadikannya sebagai produk perniagaan anda daripada rumah.

Single menu produk adalah satu strategi yang bagus untuk mereka yang baru bermula. Branding dengan 1 produk saja. Boleh tengok cerita Kuih Goyang Syafiq malam-malam puasa ni. Syafiq lakonan Nabil memilih 1 produk sahaja iaitu kuih goyang sebagai bisnesnya. Jadi kita boleh aplikasikan cara yang sama. Anda boleh buat kuih kapit sebagai menu utama produk anda.

Contohnya kuih kapit C-Da. (perasanlah tu). hehehe

Semoga artikel bermanfaat kepada anda. Jangan lupa untuk share artikel ini. Resepi tu adalah resepi saya sendiri yang dimodified oleh saya. Saya halalkan jika nak jadikan ia resepi bisnes anda.

Jumpa lagi dalam artikel akan datang.

Anda Sedang Mencari:

  • resepi kuih kapit
  • resepi kuih sepit
  • kuih resepi kapit sepit
  • resepi kuih kapit coklat
  • kuih kapit
  • kuih sepit inti coklat
  • resepi kueh kapit
  • resipi kuih kapit
  • resepi kuih kapit rangup
  • resepi kuih kepit
Dapatkan Diskaun 15-25% Untuk Pembelian Produk Shaklee

Mail List Subscription Form

Please fill in and submit the form below to subscribe to our mailing list.

Advertisement