Resepi Kuih Buah Melaka (Onde-Onde)

Kuih buah melaka antara kuih tradisi yang popular ketika bulan ramadan. Tahukah anda cara membuatnya cukup mudah. Dalam artikel saya kali ini, saya akan tunjukkan cara untuk anda membuat kuih buah melaka anda sendiri dengan mudah.

kuih buah melaka

Sesetengah tempat memanggil kuih ini, Onde-Onde. Sebenarnya ia adalah kuih yang sama. Bahan utamanya ialah tepung pulut, gula melaka, kelapa parut dan sedikit garam. Itu sahaja. Nak menarik boleh tambah pewarna.

Bahan bahan Kuih Buah Melaka

Tepung Beras Pulut
Gula Melaka
Kelapa Parut
Garam
Pewarna (Optional)

Cara-cara membuat kuih buah melaka

  1. Masukkan sedikit garam di kelapa parut dan kukus untuk mengelakkan kelapa cepat masam
  2. Gaul tepung pulut bersama air untuk membentuk doh. Masukkan pewarna jika nakkan ia berwarna.
  3. Cubit sedikit doh, masukkan ketulan kecil gula melaka dan gentel menjadi bulat
  4. Masukkan ke dalam air mengelegak
  5. Ia masak apabila sudah ditimbul
  6. Ambil kuih dan gaulkan ke dalam kelapa parut
  7. Siap

Itu sahaja cara  membuat kuih tradisi ini. Ramai yang sukakannya tetapi tidak ramai yang tahu bahawa nak membuatnya cukup mudah. Bahannya juga tidak banyak. Orang menjualnya 12 biji RM1.00 di Kuala Kangsar ni. Tapi saiznya semakin mengecil..hehehe

Video Cara Cara Membuat Kuih Buah Melaka


Diatas adalah video rakaman yang kami buat untuk memudah anda belajar membuat kuih ini. Boleh share ya.

Tips membeli Gula Melaka

Di pasaran terdapat 2 jenis gula melaka, saya membeli gula melaka di terengganu kerana di sana ada orang masih membuatnya dengan mengunakan nira kelapa. Nama orang terengganu panggil “nissang kerek” atau manisan. Saya beli di Pasar Payang. Ada 2 jenis iaitu campuran gula dan juga tiada campuran.

Gula melaka campuran sangat banyak di pasaran. Mereka menambah gula pasir ketika memasak air nira. Hasilnya gula melaka ini lebih keras. Berbeza dengan yang tidak dicampur. Ia mudah pecah dan rasanya ada sedikit kelat. Saya suka yang original tanpa campuran.

Gula melaka itulah yang sedap jika dibuat kuih buah melaka. Gula melaka akan cair sepenuhnya di dalam bebola buah melaka. Jika gula melaka campuran, masih ada yang keras dan ketulan di dalamanya. Harga yang original lebih mahal. Gula melaka campuran lebih murah, inilah yang kita jumpa di pasaraya sekarang ini seperti di tesco, mydin dan sebagainya. Warnanya lebih cerah. Gula melaka tidak dicampur warnanya lebih gelap.

Selamat mencuba resepi ini ya. Senang je nak buat.

Boleh share artikel ini ya.

Anda Sedang Mencari:

  • cara nak buat kuih gula melaka
  • Resepi bahan onde
Dapatkan Diskaun 15-25% Untuk Pembelian Produk Shaklee

Mail List Subscription Form

Please fill in and submit the form below to subscribe to our mailing list.

Advertisement