Mengatasi Masalah Sakit Sengugut Dengan Berkesan

Masalah sakit sengugut atau PMS merupakan antara perkara lazim yang dialami oleh kebanyakan wanita samada telah berkahwin ataupun belum berkahwin. Ada diantara anda akan merasakan mual, sakit kepala, kembung perut. loya dan ada kesan fizikal seperti rasa berdenyut-denyut pada kemaluan dan rahim.

sakit sengugut

kredit imej : ConceiveEasy.com

 

Ini adalah faktor yang boleh menganggu kerja harian dan juga mood seseorang wanita. Pastikan kita pernah bertemu dengan  seseorang wanita moody tak tentu fasal perkara yang difikirkan oleh kebanyakan lelaki dan wanita.. ” Datang bulan kot dia ni”.. Kebanyakannya adalah betul. Selebihnya tak betul kerana mungkin sikapnya jenis suka moody dengan masalah yang remeh. hehehe

Jadi para suami juga perlu faham akan fasa yang dialami oleh isteri anda ini. Jadi bantu mereka menjalani fasa kesakitan ini dengan kesabaran dan kasih sayang.

Apakah Punca Sakit Sengugut ini?

Untuk makluman para suami, ia adalah proses semulajadi yang dialami oleh semua wanita samada berkahwin atau tidak. Jika belum berkahwin, ia menandakan beliau adalah wanita yang subur kerana organ peranakannya berfungsi dengan baik.

Kebiasaannya ia berlaku 2-3 hari sebelum atau semasa kedatangan haid. Jika sebelum atau semasa haid mood isteri anda agak berangin. Banyak bersabar kerana isteri anda sebenarnya sedang menahan kesakitan akibat sengugut ini.

Kita akan belajar bab sains sikit ya. Saya cuba huraikan agar ia mudah untuk difahami oleh semua golongan terutamanya lelaki.

Kenapa kesakitan ini berlaku?

Setiap wanita yang subur mempunyai kitaran haid. Dalam sebulan, terdapat 7 hari waktu haid iaitu pengeluaran darah dinding rahim. Namun ia berbeza diantara setiap wanita. Kebiasaanya 7 hari. Haid adalah tanda seorang wanita yang subur.

Selepas proses haid, rahim akan bersedia untuk mengandung dan membuat persediaan dengan menebalkan dindingnya untuk menerima ovum yang disenyawakan. Puncaknya apabila telur daripada ovari akan dilepaskan ke dalam rahim kebiasanya pada hari 14 dalam kitaran haid (rujuk gambar) . Jika terdapat sperma daripada lelaki masuk ke dalam dan disenyawakan di dalam rahim. Ia akan melekat pada rahim dan membentuk embrio. Kehamilan wanita bermula apabila proses ini berlaku.

Jika tidak berlaku persenyawaan atau tidak berjaya kerana waktu tidak tepat. Rahim yang menebal ini akan dikeluarkan dalam bentuk darah. Telur daripada ovari ini hanya hidup selama 24 jam sahaja. Jadi jika ingin hamil, perlu tahu waktu kesuburan anda.

Kontraksi akan berlaku dan dinding rahim akan luruh sebagai darah haid. Bekalan darah dan oksigen akan dihentikan pada rahim dan dinding lama akan gugur. Hormon prostaglandin akan terus meransang proses kontraksi pada sebelum atau awal haid.

Jenis Sengugut Yang Berlaku Pada Wanita

Ramai yang tak tahu tentang perkara ini dan beranggapan ia adalah perkara biasa yang dialami oleh semua wanita. Berita buruknya ia mungkin petanda terdapat masalah serius sedang berlaku dalam badan anda yang kita tak tahu. Terdapat 2 jenis sengugut yang berlaku.

  1. Sengugut primer – kesakitan ini disebabkan oleh kontraksi rahim dalam proses menanggalkan dinding rahim. Ia adalah kesakitan biasa yang dialami oleh semua wanita samada sudah berkahwin atau belum berkahwin. Jika belum berkahwin, ia adalah petanda kesuburan wanita berkenaan.
  2. Sengugut sekunder – kesakitan akibat daripada penyakit seperti kanser rahim, jangkitan pada serviks dan sebagainya. Inilah yang paling kita takut. Sebab itulah wanita yang sudah berkahwin disarankan untuk menjalani ujian pap smear daripada masa ke semasa untuk mengesan awal mungkin terdapat tanda penyakit serius terutamanya kanser.

Cara Mengatasi Masalah Sakit Sengugut

Masalah ini boleh diatasi dengan cara psikologi dan juga pemakanan yang mempunyai unsur tertentu yang dapat membantu meminimakan kesan kesakitan semasa haid. Ia boleh anda amalkan apabila mengalami haid.

  1. Minum Air Suam – Air suam akan meningkatkan keselesaan ketika sengugut. Elakkan ais atau air sejuk kerana akan meningkatkan lagi kesakitan.
  2. Sentiasa tenang dan positif – Beruntunglah para suami yang mempunyai isteri yang kekal tenang dan aktif ketika haid berlaku. Jadi kekal bertenang dan positif, ia akan membantu.
  3. Elak Makanan Segera & Masin – Garam menyebabkan kekejangan otot pada perut. Ini akan menambahkn kesakitan anda. Kurangkan makanan yang tinggi garam dan makan segera terutamanya makanan ringan.
  4. Urutan Dengan Minyak Panas – Anda boleh gunakan minyak panas untuk mengurut perut anda. Suami juga boleh mengambil inisiatif ini untuk membantu isteri dengan menyapu dan mengurut perut yang sakit. Tambahkan kemesraan dan kasih sayang diantara suami isteri.
  5. Suplement tambahan – Pengambilan suplement Vitamin B dan juga Kalsium untuk mengurangkan kesan kontraksi. Vitamin B juga boleh dikategorikan sebagai pain killer dalam versi vitamin. Makala menurut kajian, pengambilan 1000mg Kalsium dan magnesium meringankan kesakitan waktu haid.

Jadi anda atau suami anda boleh dapatkan suplement berkenaan. Pastikan suplement kalsium berkenaan turut mengandungi magnesium dan juga vitamin D untuk meningkatkan kesan penyerapan.

Selain itu, pengambilan vitamin B juga akan membantu masalah sakit sengugut atau PMS ini.

Jika anda memerlukan kedua-dua suplement ini atau salah satu daripadanya boleh hubungi saya di 0123596909 (shida). Saya akan terangkan bagaimana pemakanan yang betul pengambilan vitamin ini bagi mengatasi masalah sengugut.

Kepada suami, bantulah isteri anda untuk meredakan kesakitan mereka dengan mendapatkan suplemen untuk kesihatan mereka. Kesannya anda juga akan merasainya. Kasih sayang juga bertambah. 🙂

p/s: Anda juga boleh terus dapatkan daripada HQ Shaklee. Klik Kat Sini untuk membelinya. Saya akan bagitau cara pemakananan yang paling berkesan untuk produk ini nanti.

Boleh share artikel ini kat fb anda. Semoga bermanfaat kepada rakan-rakan anda juga.

Anda Sedang Mencari:

  • senggugut di mata lelaki
Dapatkan Diskaun 15-25% Untuk Pembelian Produk Shaklee

Mail List Subscription Form

Please fill in and submit the form below to subscribe to our mailing list.

Advertisement