Masalah Sembelit Ketika Mengandung dan Cara Mengatasinya

Rasanya ramai para ibu yang mengalami masalah sembelit ketika mengandung. Apatah lagi kandungan sudah mencapai atau masuk ke trimester ketiga. Rasa nak membuang air besar tapi tak boleh keluar kerana sembelit. Nak meneran takut yang lain pula yang terkeluar.

sembelit ketika mengandung

Itu yang berlaku sebenarnya termasuk saya. Kadang-kadang keliru samada nak bersalin atau nak membuang air besar. Masuk tandas pun rasa risau je.

Faktor Menyebabkan Sembelit

Sembelit biasanya disebabkan oleh pemakanan kita. Untuk memudahkan proses membuang, makanan yang dapat membantu kelancaran membuang ialah buah buahan yang kaya dengan serat dan fiber. Secara umumnya badan kita memerlukan 30g serat. Jadi apakah makanan yang sesuai untuk membantu mengelakkan berlakunya sembelit ketika hamil?

1 . Bijirin dan kekacang

Kekacangan seperti kacang tanah, badam dan sebagainya sememangnya kaya dengan serat. Ini akan memudahkan anda melawas dan membuang segala najis di dalam usus. Ia penting untuk buang air besar setiap hari kerana ruang di dalam adalah sempit. Apa yang kita makan tidak perlu disimpan lama di dalam perut.

2. Buah epal dan pir

Ini adalah buah buah import yang mudah untuk didapati. Malah banyak buah buahan tempatan yang kaya dengan serat yang boleh kita makan seperti pisang dan limau.

3. Sayuran

Dalam diet harian, wajibkan untuk mempunyai sayuran untuk nutrisi yang seimbang untuk perkembangan bayi di dalam kandungan. Antara yang menjadi kegemaran saya ialah brokoli. Ia sarat dengan khasiat yang sangat baik untuk badan kita dan bayi. Ia juga tinggi dengan serat.

4. Oat

Pada hari cukup mudah kerana ada banyak biskut pada hari ini yang mempunyai kandungan oat dan bijirin seperti keluaran julies dan sebagainya. Boleh jadikannya sebagai kudap-kudap ketika menghadap TV. Cuma saya kurang menonton TV. Dengan biskut bijirin, ia lebih mudah kerana kita boleh makan dimana-mana termasuk ketika memandu.

5. Air Yang Mencukupi

Manusia memerlukan 8 gelas air sehari. Jadi cukupkan keperluan badan kita dengan minum air masak dengan banyak. Air yang cukup membuatkan anda tidak sembelit.

6. Buang air besar setiap hari

Penting untuk sentiasa buang air besar setiap hari. Jika terasa, jangan ditahan sehingga ia menyebabkan sembelit. Ini lagi susah nanti.

Jadi 2 perkara penting untuk mengelakkan sembelit, makan makanan berserat dan juga air yang mencukupi. Jadi ada tidak akan sembelit sepanjang kehamilan anda.

Alternatif Untuk Mengelakkan Sembelit?

Sebagai alternatif anda boleh mengamalkan Lecithin Shaklee setiap hari. Ia dapat membantu mengelakkan sembelit dan bagus untuk perkembangan minda bayi. Ia diperbuat daripada lecithin soya dapat membantu melembutkan najis di dalam usus kita.

Ia selamat walaupun anda sedang hamil. Kesemua produk shaklee adalah larut air dan tidak menjejaskan organ badan walaupun makan secara berlebihan. Ia akan dikeluarkan daripada sistem badan secara natural.

Sembelit juga dikaitkan dengan kekurangan dengan pengambilan vitamin B Complex. Ia dapat mengatasi sembelit ketika mengandung dengan berkesan. Dengan 8 jenis vitamin B dan asid folik sangat baik untuk bayi di dalam kandungan.

 

Nak dapatkan Leicithin?

Hubungi Shida >>>Klik 0123596909 (Jika anda guna smartphone, klik je.Boleh wassap saya tanpa perlu save nombor tu)

Saya sarankan save la nombor tu. Senang untuk kita berhubung nanti. Salam sayang daripada mama chomel. 🙂

Nama : Nur Syahidah Zulkifly (Shida)
No.Telefon : 0123596909
Fb : Mama Chomel

Dapatkan Diskaun 15-25% Untuk Pembelian Produk Shaklee

Mail List Subscription Form

Please fill in and submit the form below to subscribe to our mailing list.

Advertisement