Masalah Sakit Sendi, Belakang dan Pinggang Ketika Mengandung

Sakit Sendi, belakang dan pinggang ketika kehamilan adalah perkara biasa terjadi, Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi terjadinya kesakitan ini ketika mengandung. Sedangkan sebelum mengandung, perkara ini langsung tidak pernah terjadi. Antara faktor yang menyebabkan kesakitan ini berlaku..

1. Perubahan Hormon

Apabila mengandung badan kita akan berubah untuk menyesuaikan diri dengan kehadiran insan baru di dalam rahim. Perubahan hormon ini menyebabkan ligamen pada tendon dan sendi menjadi kendur. Apabila berjalan atau bergerak akan menyebabkan sedikit kesakitan.

2. Kenaikan Berat Badan

Kenaikan berat badan sepanjang kehamilan adalah satu kemestian. Malah para ibu digalakkan untuk sentiasa makan makan berkhasiat secara berkala dalam kuantiti yang kecil. Berat bayi di dalam kandungan juga akan menambahkan lagi berat badan ibu.

3. Posisi Tidur

Ramai ibu mengalami masalah dalam kedudukan ketika tidur. Dengan perut yang semakin membesar, ia menyukarkan pergerakan untuk menukar posisi ketika kehamilan. Ramai yang tidur secara mengiring mengikut keselesaan mereka.

4. Kekurangan Hormon Tiroid

Sepanjang kehamilan hormon tiroid diperlukan oleh badan. Namun, ia tidak cukup untuk menampung keperluan badan ibu dan bayi. Ia menganggu dan menyebabkan rasa sakit sendi dan pinggang.

5. Banyak Berdiri

Bagi ibu yang berkerja yang memerlukan mereka berdiri dan berjalan. Ia menyebabkan bebanan kepada sendi dan otot pada belakang dan kaki.

6. Pertambahan Cairan di dalam Badan

Apabila kehamilan berlaku, badan mula menyimpan cairan yang banyak. Malah ada ibu yang mengalami bengkak pada sendi-sendi kerana pertambahan cairan ini.

7. Postur Badan Menjadi Luar Biasa

Dengan kandungan semakin membesar, postur badan juga berubah dan berat kehadapan. Ia membuatkan bebanan yang cukup besar kepada tulang belakang untuk mengimbangi badan agar tidak terjatuh. Dengan kata lain berat pada hadapan badan berlebihan.

sakit sendi dan belakang

imej kredit:www.sydneycbdchiropractor.com.au

8. Kekurangan Nutrisi

Ketika kehamilan, bayi memerlukan banyak nutrisi seperti vitamin dan zat galian untuk membesar Apabila apa yang dimakan oleh ibu tidak mencukupi, maka zat seperti kalsium akan diserap oleh bayi daripada badan ibu terutamanya pada tulang dan juga gigi.

Bagaimana Untuk Mengatasi Masalah Sakit Sendi dan Belakang?

Bagi mengatasi masalah kekajangan otot dan kebas-kebas ini, ia boleh diatasi dengan tambahan suplement berteraskan Kalsium dan Magnesium. Kalsium untuk tulang dan magnesium pula untuk meningkatkan penyerapan kalsium oleh badan, mengalakkan komposisi tulang dan rawan.

Selain itu, ia dapat meringankan stress dan menenangkan saraf dan mengimbangi tekanan darah. Menurut kajian, pengambilan sebanyak 600mg kalsium sebelum tidur akan menghilangkan kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artiritis.

Tidur anda juga lebih nyenyak. Masalah sakit kepala juga hilang dengan pengambilan suplement ini.

Suplemen Untuk Masalah Sendi, Sakit Belakang dan Pinggang

Suplement Ostematrix adalah penyelesaian untuk masalah anda. Harganya ialah RM72 termasuk pos ke alamat anda. Whatsapp saya sekarang ke 0123596909

Atasi segera kesakitan anda. Jika anda mengunakan telefon pintar, boleh klik nombor saya dibawah untuk konsultasi.

Shida >>> 0123596909

Dipersilakan share artikel ini. Mungkin ada sahabat anda mempunyai masalah yang sama. Anda juga boleh order terus daripada HQ Shaklee dengan Klik Kat Sini.

 

Dapatkan Diskaun 15-25% Untuk Pembelian Produk Shaklee

Mail List Subscription Form

Please fill in and submit the form below to subscribe to our mailing list.

Advertisement