Makanan Menambah Susu Badan Tanpa Perlu Dimasak

Memang dugaan betul apabila bersalin anak pertama diuji dengan masalah tiada susu. Baby menyusu sampai berdarah puting. Akhirnya terpaksa juga berikan anak sulung kami dengan susu formula. Itu yang pengalaman yang dialami sendiri. Maklumlah kali pertama bersalin, memang banyak benda yang perlu dipelajari sebagai seorang ibu.

Anak kedua kami pun alhamdulillah full breast feed sehingga dua tahun setengah. Sampai terlajak setengah tahun. Daripada segi perangai memang ada beza anak yang full breastfeeding dengan minum susu formula. Anak menyusu badan lebih fokus dan cepat untuk tangkap apa yang dipelajari. Memang berbeza sangat perangai mereka berdua.

Anak ketiga pula, ketika menulis ini baru berusia 57 hari. Baru sahaja lepas pantang. Sepanjang berpantang jenuh mencari info bagaimana nak tambah susu badan sebab kali ini anak lelaki, memang sangat kuat menyusu sehingga selepas pantang 44 hari, berat sudah naik lebih 5kg. Jadi saya ingin kongsikan makanan menambah susu badan yang diperolehi daripada ibu dan ibu mertua untuk menambah susu badan.

Makanan Menambah Susu Badan Untuk Ibu

Ketika berpantang suami perlu memainkan peranan penting untuk membantu dalam urusan ketika berpantang. Beruntunglah mereka yang mempunyai suami disisi ketika berpantang. Ini adalah makanan-makanan yang mudah untuk diperolehi dan dimakan tanpa perlu dimasak terlebih dahulu.

  1. Kurma – Pastikan kurma sentiasa ada ketika berpantang. Alhamdulillah, suami sentiasa memastikan stok kurma sentiasa ada ketika berpantang. Kurma juga bertindak sebagai makan penambah tenaga yang sangat bagus. Sebab itulah kurma adalah satu satu makanan kegemaran Rasulullah. Boleh makan apa apa jenis kurma. Saya suka kurma yang lembut seperti kurma madu.
  2. Jambu Batu – Jambu batu adalah buah yang cukup mudah diperoleh dan tidak bermusim. Boleh juga dijadikan jus dengan ditambah dengan madu asli. Ia satu kombinasi yang bagus untuk badan dan juga untuk menambah susu badan. Buah ni bersifat sejuk, boleh amalkan selepas selesai berpantang.Buah ini juga suami buat stok dalam peti sejuk dalam bilik kami. 😛
  3. Kismis – Seperti kurma, kismis juga dapat membantu dalam penghasilan susu. Bukan untuk minda sahaja, ia juga untuk badan kita. (Tak perlu beli kismis minda yang ditalqin tu ya – opss..hehehe dibacakan doa). Beli kismis biasa pun okay. Ikut sunnah makan dalam bilangan ganjil – 1, 3,5,7 dan sebagainya.
  4. Kacang Badam – Kacang ini agak mahal sekarang. Kira-kira RM40++ untuk 1kg. Untungnya kami buat bisnes bakeri, badam memang setiasa ada. Cara senang beli je yang dalam paket yang dah siap. Jadi tak payah masak, nak harapkan suami masakkan bising pula dia nanti. Jadi senang, beli dalam paket tu. Boleh makan terus.
  5. Ulam Pegaga – Untuk ulam pegaga makan selepas baby tak cek kuning dah. Sebab pagaga sejenis herba yang panas. Memang sesuai untuk ketika berpantang. Tapi makan lepas baby cek jaundis. Makan makanan yang bersifat panas boleh memburukan masalah jaundis baby. Silap boleh kena tahan wad. Lagi susah ketika berpantang ni. Boleh jadi stress pula.
  6. Madu – Pastikan madu berkenaan yang original. Kalau makan madu tiruan, penyakit lain pun datang. Memang agak fobia dengan madu tiruan ini. Alhadulillah, stok madu tiada masalah untuk kami sebab ternak sendiri lebah madu dan kelulut.hahaha. Tak tipu memang kami ternak sendiri selepas anak dimasukkan wad kerana madu kelulut tiruan. Madu ini boleh makan 2 sudu pada waktu pagi samada makan terus atau dicairkan dengan air suam. Jangan guna air panas kerana khasiat madu hilang jika melebihi 40 darjah celcius. Gunakan sudu plastik ya. Besi boleh bertindak balas dengan madu dan mengurangkan khasiat dan anti oksidan yang ada dalam madu.

makanan-menambah-susu-badan

Kredit imej : mrs.zarrieff.com

Ok.Inilah makanan menambah susu badan tanpa perlu anda memasak.  Ini adalah apa yang  boleh anda diamalkan.

Masalah Susu Banyak Tapi Cair

Alhamdulillah susu cukup banyak dengan amalan pemakanan diatas. Tetapi masalahnya apa yang saya alami susu yang dihasilkan cair. Dalam sejam, 3-4 kali bayi nak menyusu seolah olah tidak kenyang. Memang susu sangat banyak tetapi masalah susu cair menyebabkan saya buntu.

Tidak tidur malam dibuatnya. Baru nak terlelap, bayi menangis.  Susu cair menyebabkan bayi tidak puas menyusu. Jadi saya cuba mencari penyelesaian untuk masalah ini. Saya google je..hehehe

Rupanya ada hikmah disebalik kejadian ini.

Makanan Menambah Susu Badan Terbaik!!

Set Penyusuan Shaklee jawapannya bagi masalah saya tu.

Sebelum ini memang pernah dengar pasal produk shaklee bagus untuk tambah susu. Dalam kepala, ala buat apa nak beli produk beratus-ratus, baik simpan duit tu. Baik amalkan je petua-petua orang tua pasal cara nak tambah susu. Bila dah terjadi macam tu, susu cair.. baby kami seolah olah tak cukup makan. Duit simpan pun tak berguna kalau apa apa terjadi kat bayi kami tu.

Akhirnya beli juga produk shaklee untuk mencuba.

Saya beli 2 je daripada set penyusuaan shaklee tu. ESP dan juga Alfafa Complex. Saya cuba yang basic sahaja. Hanya untuk test samada membantu atau tak. Yelakan. Duit dah habis banyak tapi tak menyelesaikan masalah. Itu yang saya risaukan.

Result? Memang terbaik!

Lepas makan ESP dan Alfafa, susu jadi pekat dan  tak cair seperti sebelum ini. Bayi kami berselera sekali menghisap susu. Hisap dengan rakus macam lama tak jumpa susu sampai tersedak-sedak. Malam tu, bayi kami tidur dengan nyenyak sampai 3 jam baru menyusu balik. Kalau tak sejam, 3-4 kali nak menyusu. Sampai tak tidur malam dibuatnya. Sampai rasa pelik.. “Tak nak menyusu ke anak aku ni”. Rupanya dia cukup kenyang dengan susu sekarang ni.

Memang set penyusuan shaklee memang sangat-sangat membantu. Dan saya mengambil keputusan untuk menyertai Shaklee untuk membantu lebih ramai ibu seperti saya sebelum ini.

Nak Order Set Penyusuan Shaklee?

Bagi mereka yang nak test dulu keberkesanan set penyusuan ini, saya suggest ambil yang basic iaitu ESP dan juga Alfafa. Boleh order dengan klik butang dibawah untuk pakej basic.

Pakej Basic Set Penyusuan Shaklee

 

ESP adalah singkatan kepada Energizing Soy Protein yang lengkap dengan 9 jenis asid amino yang diperlukan badan, menyokong sistem imun, mengawal kolestrol, menjadikan kulit, kuku dan otot sihat berseri dan ini berfungsi memekatkan susu jika cair.

Cara makan : 2 sudu dengan air sejuk. Gunakan shaker. Saya makan pagi dan petang sebelum makan.

Alfafa Complex pula diperbuat daripada tumbuhan alfafa yang membantu dalam mengurangkan toksin, mengelakkan alahan, memperbaiki saluran penghadalam, menyingkirkan lemak dan kolestrol dan mengatasi masalah kebas dan sakit sendi. Ia juga agen pengalak susu.

Cara makan: Sebotol ada 330 biji. Saya makan 5 biji pagi dan 5 biji malam.

Pakej Advance Set Penyusuan Shaklee

Jika anda memang ada bajet lebih, boleh dapatkan set penuh ini. Terdapat tambahan Vitalea, SR-Vita C, B-complex dan Ostematrix.

Vita-Lea Iron Formula mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral yang lengkap dengan zat besi. Ia berfungsi untuk meningkatkan fungsi hati, usus dan mata. Selain itu membekalkan tenaga dan menambah kekuatan tulang dan imunisasi. Ini akan meningkatkan daya tahan bayi anda daripada penyakit pada zaman ini.

Sustained Release Vita C adalah teknologi yang dibangunkan oleh Shaklee dengan pelepasan vitamin c secara berperingkat untuk penyerapan maksimum oleh badan kita. Ia membantu menghasilkan kolagen, membantu meningkatkan kesihatan gusi, gigi, otot dan salur darah agar berjalan lebih lancar. Ia juga boleh menolong mengurangkan alergi.

B Complex mengandungi semua jenis vitamin B yang diperlukan oleh badan seperti B1, B2, B3, B5, B6, B12 termasuk asid folik dan biotin. Ia membantu mengurangkan stress, membantu pertumbuhan bayi, mengatasi masalah rambut, mengelakkan masalah kekurangan darah (anemia) dan mengatasi masalah sengugut bagi wanita.

OsteMatrix mengandungi kalsium, magnesium, vitmin D dan boron untuk menghasilkan tulang yang kuat. Ia juga membantu anda menghilangkan stress dan juga masalah sakit belakang apabila kerap menyusukan bayi atau mendukung bayi. Apabila tidak stress, susu pun akan bertambah banyak.

Jadi untuk set penuh mengandungi ESP, Alfafa Complex, Vita-Lea, SR Vita C, B Complex dan OsteMatrix untuk nutrisi lengkap untuk bayi dan ibu.

Badan kita menghasilkan susu mengikut keperluan bayi. Lebih banyak bayi menyusu, lebih banyak susu akan dihasilkan. Tugas ini ialah membantu badan kita dengan tambahan nutrisi yang terbaik untuk bayi kita.

 

 

Cara  Untuk Order?

Boleh Whatsapp kepada saya di talian 0123596909 ( Klik je no.hp ni jika anda guna smartphone)

Saya pasti ia juga akan mengubah hidup anda. Dulu saya ego, nak simpan duit banyak. Tapi ia tak berguna jika anak-anak yang kita kasihi sakit. Pokok pangkal, kena keluarkan duit juga apabila anak-anak sakit. Lebih baik mencegah daripada merawat.

Itu apa yang saya belajar daripada masalah saya tu. Mungkin kita sama. Sayang duit atau sayang anak? Saya lebih utamakan anak. Duit boleh usaha cari.

Jika nak order produk penyusuan shaklee boleh hubungi saya.

Shida >>> 0123596909 (Jika anda guna smartphone, klik je.Boleh wassap saya tanpa perlu save nombor tu, tapi save lagi bagus..hehehe

Nama : Nur Syahidah Zulkifly (Shida)
No.Telefon : 0123596909
Id Shaklee :1252569
Fb : Mama Chomel

Hubungi saya tau

COD hanya untuk di Kuala Kangsar, Manong, Parit, Padang Rengas dan Sungai Siput

Kalau rasakan penulisan saya ini bermanfaat, boleh share kat wall fb anda. Senang je. Klik je butang share dibawah. Terima kasih.

Anda Sedang Mencari:

  • makanan tambah susu badan dalam pantang
  • makanan untuk menambah susu badan
  • makanan tambah susu
  • makanan yang menambahkan susu badan
  • makanan untuk tambah susu ibu
  • cara menambah susu badan
  • makanan penambah susu badan
  • makanan menambahkan susu badan
  • kismis yang menambah dan memekatkan susu badan
  • resepi tambah susu badan
Dapatkan Diskaun 15-25% Untuk Pembelian Produk Shaklee

Mail List Subscription Form

Please fill in and submit the form below to subscribe to our mailing list.

Advertisement

One Response