Kehebatan dan Keajaiban Susu Ibu

Susu ibu merupakan hadiah yang paling bermakna bagi ibu bapa kepada bayi mereka. Modal susu ibu ini adalah berdasarkan ilmu dan kasih sayang. Susu ibu adalah makanan terbaik bayi, bukan sahaja untuk fizikal malah yang lebih penting adalah pada emosi dan rohaninya.

Susu Ibu Sumber Makanan Lengkap Bayi

Semasa dalam kandungan lagi bayi kita didodoikan dengan degupan jantung ibu yang berirama, mendapat makanan terbaik daripada tali pusat, dan dipeluk dengan kasih sayang didalam Rahim ibu. Penyusuan susu ibu pula bagi memastikan bayi tidak merasa keseorangan selepas mereka dilahirkan kea lam nyata.

kehebatan susu ibu

Kepada ibu-ibu hamil di luar sana nikmatilah kurniaan istimewa yang Allah berikan kepada kaum yang bergelar ibu ini. Bayi pula sememangnya dilahirkan bagi menyusu. Semasa di dalam kandungan, bayi sudah diberi kebolehan membuka mulut dan menghisap jari. Sejurus selepas kelahiran bayi yang matang mampu terus menyusu tanpa masalah kerana bayi kita tahu, makanan terbaik sedang menanti mereka…

Antara kegembiraan seorang ibu yang menyusukan bayinya:

“ saya gembira dan teruja dapat menyusukan anak pada kali pertama. Saya Berjaya memberikan kolostrum kepada anak saya. Pada waktu itu, naluri keibuan saya semakin kuat, dan pada setiap kali menyusukan anak, saya dapat merasai keindahan sebenar perasaan sebagai seorang ibu.

Inilah kekuatan yang mendukung kejayaan saya menyusukan anak. Nikmat menyusukan anak ini terlalu indah. Hanya mereka yang pernah melaluinya dapat merasai betapa indahnya saat-saat menyusukan si manja.” Masmarissa-

Untuk pengetahuan ibu-ibu…manusia adalah mamalia yang paling primitif semasa dilahirkan. Bayi manusia tidak perlu terus berjalan ataupun menjaga dirinya sendiri. Bayi manusia juga tidak memerlukan susu yang tinggi lemak dan protein bagi mengimbangkan suhu badan dan memperkuatkan otot, kerana bayi manusia dijaga dengan baik selepas lahir.

Perkara yang lebih penting untuk bayi manusia adalah pembentukan otak. Oleh itu kita disarankan untuk memyusukan anak selama dua tahun kerana tempoh dua tahun pertama adalah tempoh kritikal bagi perkembangan otak optimum. Susu ibu pada masa ini mengandungi asid lemak dan laktosa yang sangat penting demi pertumbuhan otak bayi.

Pentingkan ibu-ibu menyusukan anak pada dua tahun pertama ni….

Masalah Susu Cair atau Sedikit?

Bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah penyusuan boleh hubungi saya di talian 0123596909

Anda Sedang Mencari:

  • kehebatan susu ibu
Dapatkan Diskaun 15-25% Untuk Pembelian Produk Shaklee

Mail List Subscription Form

Please fill in and submit the form below to subscribe to our mailing list.

Advertisement