Cara Buat Kerepek Popia Cheese

Popia Cheese sekarang agak trending sebab ada produk yang dikomersilkan seperti wonder cheese dan sebagainya. Anda sebenarnya boleh buat juga. Jadi anda juga boleh buat sendiri. Nak buat bisnes untuk hari raya ini pun boleh. Bukan semua orang suka memasak kan? Jadi anda boleh buat, buat dalam paket dan juga. Modal tak banyak pun sebenarnya.

popia cheese

Bahan-bahan Membuat Popia Cheese

  1. Kulit Popia Pertama
  2.  Serbuk Cheese

Optional

Serbuk cili
Gula Aising

Ikut budi bicara nak letak banyak mana. Anak-anak saya memang sangat sukakan popia ni. Siap satu balang, kurang sejam habis. Daripada membiarkan mereka beli makanan luar, lebih baik kita sediakan sendiri kudap-kudapan untuk mereka ini.

Video Cara Membuat Popia Cheese

Saya juga ada sediakan video untuk anda tengok sendiri betapa mudahnya nak buat popia keju ni. Potong, goreng dan tabur sahaja serbuk cheese. Jadi siaplah makanan ringan untuk anda dan anak-anak dirumah.

Saya suka dengan hanya serbuk cheese. Kalau nak rasa pedas, boleh tambah serbuk cili. Jangan banyak tau. Nanti jenuh anak-anak mengulang minum air sebab pedas. Dengan serbuk cheese sahaja pun dah cukup tapi nak kelainan boleh tambah gula aising dan serbuk cili.

Harga kerepek popia cheese sekarang ni pun boleh tahan. Berat 50g pun dah RM4-5 sepaket. Itupun sekejap je dah habis. Kerepek ini memang berhantu skit. Rasa ketagih nak mengunyah je nanti. Jadi jangan pelik kalau anda buat nanti anak-anak boleh habiskan satu balang sekejap je.

Kat Video Youtube kami ada orang tanya kat mana nak beli serbuk cheese?

Google je. Ada ramai yang jual. Di tempat saya di kuala kangsar, ia dijual di kedai runcit dan juga di kedai barangan bakeri kami. Harga sepaket dalam RM12 macam tu. Berat dalam 100g. Anda boleh cari kat tempat anda. Ada jual. Benda ni agak trending maka peniaga pun akan adakan stok untuk memenuhi permintaan.

Jangan lupa untuk share artikel ini ya. All the best buat popia cheese anda.

Anda Sedang Mencari:

  • popia cheese
  • resepi popia cheese
  • cara buat popia cheese
  • resepi kerepek popia cheese
  • popia keju resepinya
  • resepi popia cheese pedas
  • kerepek popia
  • kerepek popia cheese
  • cara buat serbuk cheese
  • popia goreng cheese
Dapatkan Diskaun 15-25% Untuk Pembelian Produk Shaklee

Mail List Subscription Form

Please fill in and submit the form below to subscribe to our mailing list.

Advertisement